PAC PTD 2016 INTIM: SKEMA MARKAH SEMUA UJIAN UKJK

KESIMPULAN UJIAN-UJIAN UKJK - PAC PTD 2016

Akhirnya habis juga ujian ukjk yang dari semalam buat kita tak dapat tidur. Alhamdulillahhh

Post-post sebelum ni dah lebih banyak cerita jenis-jenis ujian by Jabatan Belia dan sukan dan kerjasama Jabatan kesihatan dalam UKJK PAC PTD 2016 dan pengalaman sepanjang melalui ujian BMI, ujian genggaman tangan, bangun tubi, duduk dan jangkau, dan ujian tekanan darah 

Lepas selesai semua UKJK, waktu rehat, dapat satu watsapp dan sedar ada orang share nilai-nilai norma skor untuk lulus ujian - ujian UKJK yang baru je dijalankan tadi.atau in short, marking scheme ujian UKJK.  aduhaiii sayang betul dah berlalu jadi dah tak guna lagi lah baru nak tengok. tapi mungkin ada orang lain yang akan banefit dari sharing skor-skor ni (atlis dapat tolong orang lain lah mungkin)

UJIAN INDEKS JISIM TUBUH @ BMI
Antara paling penting tapi senang kan.hehe. Masa kira dengan pegawai kesihatan sy tadi, berat direkod 75kg (maklumlah tgh season gemok sekarang enjoy cuti sem) dan tinggi 164.5cm (ada nampak nurse tu bundarkan jadi 165cm) jadi BMI recorded 27.55

Markah lulus seperti yang dinyata di email, 19- 29 tapi ura-ura kata dia nak below 26 je. alamak
OK. ikut skema marking lebih detail adalah as below:-

UJIAN DUDUK DAN JANGKAU 

Sebab masa ni nervous boleh tolak sekali cuba je, jadi tak tahu lah berapa yang berjaya ditolak. cuma dengar perkataan "dua" je masa tu. Result ni bergantung pada umur tapi generally test ni tak begitu besar tapi cuba bertenang dan tolak pelhadan-lahan ke depan 
UJIAN GENGGAMAN TANGAN MENGIKUT JANTINA 
Guna tangan dominan, tekan habis kuat dalam sekali genggam (jangan 2kali genggam) Rasanya dapat dalam 20 something juga masa ni, ingatkan sikit sebab ada lelaki depan dapat genggam smpai 38..Rupanya marking ikot jantina, so laki tu bari dapat 2 markah @ sederhana tapi kalau perempuan dapat 20 pon dah dapat 3 markah @ Baik. heheheh. jangan terpedaya okey
UJIAN BANGUN TUBI 1 MINIT 
Ini memang mencabar sebab kena ikut step2 macam yang kita dah bincang kat post sebelum ni.. Masa tu dapat 18 kali je :( untuk umur 20an, ia dikira lemah :(((

UJIAN LARIAN ULANG ALIK 20 METER @ BLEEP TEST

kalau nak prektis atas treadmill boleh refer speed kat bawah ni..oh bawah ni juga ada jumlah berapa stages (atau dikira berapa kali kena lari ulang alik) di setiap level yang berbeza

Level    Total Stages    Speed
L1          7 stages          8.0 km/hr
L2          8 stages          8.5 km/hr
L3          8 stages          9.0 km/hr
L4          9 stages          9.5 km/hr
L5          9 stages          10.0 km/hr
L6          10 stages        10.5 km/hr
L7          10 stages        11.0 km/hr
L8          11 stages        11.5 km/hr
L9          11 stages        12.0 km/hr
L10          11 stages      12.5 km/hr

Kalau sedar, level satu dah mula dengan 8.0 km/hr iaitu tahap jogging lari anak.
Jadi markah berbeza ikut umur dan jantina okey dannnnn untuk lulus kena dapat markah kategori sederhana. Tapi kalau boleh lebih dari sekadar lulus sebab bleep test ni main peranan paling besar. Saya dapat 3.2 masa tu untuk perempuan kategori 24-36 tahun... jadi.....dapat sama ada 2 atau 3 markah (sederhana atau baik)


Haaaaaa. itu je test-test sepanjang UKJK yang nampak agak simple tapi cabaran dan tahap emotional pressure tu ALLAH je laaa tahu. so kalau sempat, be prepared and paling best kalau da tau info ni awal sebab kita boleh ready kan mental dan AIM HIGH!



(PENGUMUMAN KEPUTUSAN UKJK)
Sepanjang menunggu keputusan, rasa serba salah nak ke study topik-topik esei sebab ada kemungkinan fail, tapi campur dengan perasaan redho dan duduk keliling kawan-kawan positif, study jela.(time ni lah baru taw ada group watsapp utk PAC INTIM)hahahah lambat kena tingal kapal dah. nasib sempat masok jugak.

Cara pengumuman sangat profesional . ada 4 meja macam mula-mula register, beratur ikot angka giliran. Seorang demi seorang beratur sambil bawa surat pangilan PAC tu dan dia akn infor gagal or lulus. Masa kena pergi tu, kakak tu muka serious sangat tengok dan mengeluh. dalam hati pikir " takpelah kak, nak buat cemana...redho" kakak tu tengok atas kata bagi kertas surat PAC , akak nak tampal stiker. ah sudah apa akak ni nak cakap?? so tanya la akak tu "kenapa sebenarnya??"muka tercangak. hahahahaha Alhamdulillahhhh lulus UKJK! akak tu saja prank muka ala-ala fail je ceh. dan stiker yang dia maksudkan nak tampal tadi adalah stiker " anda lulus UKJK!" dan dengan stiker tulah kita boleh terus sambung ke seluruh ujian PAC yang lainnnnn. 

Alhamdulillah. :D Lepasni jadi apa pun, sekurang-kurang nya dapat terus sambung berjuang. risau sungguh nak call ibu abah kalau kena balik tarik beg tu :/
sengih lebar masa ni, hilang separuh ketat di dada macam lupa sekejap yang pada hakikatnya ada banyakkkkk lagi ujian lain yang mendatang kalau lulus ukjk ni! aduihaiii. adelah jugak dalam 10 minit x tutup mulut tayang gigi sengih depan kertas. nak nangis. oh tapi sedihhhh ade sorang kawan geng positif yang tak dapat. sedih sebab baik juga org nya. 

Terus lepas tu kena ke bilik untuk writing exammmm. (part ni malas nak komen sebab writing is just not my kind of thing dan sebab tak join group2 perbincangan watsapp so x tahu la spot questions apa-apa)






Comments

  1. Salam. Ujian larian 2.4km ada tak ye? Kalau ada, kena habiskan larian dalam masa berapa minit ye?

    Terima kasih (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      awak pun kena dapat pegi PAC? date bila? dekat mana? saya 7/1-8/1 dkt Intan bukit kiara..

      Delete

Post a Comment

Thanks! any thing, email me at umairahalias@gmail.com

Popular Posts