PAC PTD 2016 INTIM: LDK @ LATIHAN DALAM KUMPULAN


Masih hari yang sama. Masa berlalu sekejap je, dah makin sikit rasa debar sebab akhirnya dah lalui ujian UKJK dan penulisan tadi walaupun penat jugak masa nak lalui test penulisan. 
SEGAR, lepas mandi dan solat, siap makeup sikit (bukan makeup teruk-teruk pun cuma taknak nampak pucat nanti dengan lipbalm dan eyeliner),  lebih kurang pukul 7malam terus kami keluar bilik untuk dinner, takut rushing nanti nak ke activiti malam ni. Lepas dinner nasi putih, daging rendang dan ikan sambal yang sedap...kami ke dewan.

(Dalam perjalanan, cuma di depan kawasan cafe), 
terdampang  NAMA DAN AHLI KUMPULAN ACTIVITI PUBLIC SPEAKING ESOK... dah tertampal.Masih ada sesetengah calon yang tak sedar info ditampal jadi kami saling mengingatkan untuk tengok senarai nama kumpulan nanti. Itu yang seronok activiti PAC PTD ni, ramai yang bersifat suka membantu..harap siapa yang lepas nanti kekal kan sifat murni tu.

Adui, ada lebih kurang 10 kumpulan yang majority ada 10 ahli kumpulan. Cuma ada 2 kumpulan yang ada 11 ahli. Kumpulan saya lah kebetulan antara yang ada 11 ahli, kami kumpulan 4 nanti! tapi dari 11 nama, selain diri sendiri memang tak kenal siapa2 yang lain. Jadi naturally kenapa eh muka tak malu, saya mula tanya ada siapa-siapa kumpulan 4? tak da siapa lagi. Tapi tak pasal2 banyak ahli kumpulan 7 masa tu terus saling kenal sebab bila dengar ada yang jawab "saya kumpulan 7" , ahli kumpulan 7 yang lain menyahut juga. Ceh. lain yang dicari, lain yang Jumpa. Tapi sebab kan insident malam tu lah sy mula kenal Hanie (kumpulan 7,samalah dengan Su) dan Nabilah. Hanie seorang lawyer, Nabilah pula geng UIA. hehe**nota okey, group LDK dan public speaking bukan group yang sama**

MASUK KE DEWAN UNTUK LDK
7.45 malam sampai - kami da ada dalam dewan yang sama masa ujian ukjk tadi (duduk pun di kerusi sama) 
8 malam tepat bermula, as always, ontime dia mula program. Maka keluar lah pegawai saikologi dari kementerian kedepan kami semua. Pegawai mula kenalkan diri. Tuptup 8.02 malam ada brother berlenggang masuk dewan-lambat. habis lah kena bash dengan pegawai sebab attitude masuk lambat 2 minit. aduiii. Bahaya. Ontime ni isu penting okey! muka buat derk je bro tu kalau daku da ketaq lutut.hahahahhaha.

Kami masih duduk kat kerusi tu. Mengikut kedudukan di kerusi, sorang demi sorang mula kira 1 hingga 8..dan ulang sampai habis, Jadi semua yang dapat angka 1 tadi jadi satu group, semua angka 2 jadi satu group dan seterusnya...  
KAMI GROUP NO.6!
Dalam 2minit cari ahli kumpulan masing-masing hahahahah belasahla cemana nak kumpul balik ahli nombor 6 masa tu. Macam pasar bising dan masing2 mula signal jari tunjuk simbol nombor group masing-masing. Group no.6 jari simbol tumbs up! gitew

Sekejapje dah dapat arahan pegawai "okey siapa dah cukup ahli, terus duduk dalam kumpulan" 
pergh nasib baik kami berkumpul agak ke depan dewan terus duduk dalam bulatan. Kumpulan yang agak lambat nak duduk kena la cari spot2 ke belakang jauh. TIPS penting dalam pengalaman LDK adalah speed. Tak boleh teragak-agak, lambat buat keputusan dan nganga. I learn it the hard way (from our mistakes along the way tu)

Saja agaknya, pegawai menguji. 
"OKEY. Sekarang saya nak wakil kumpulan @ ketua terus berdiri" ha time ni tak kisah lah sama ada self elect or dipilih. sirius tak kisah siapa asalkan laju kumpulan kita ada wakil terus berdiri. siapa nak point lebih boleh volunteer. PAP. berdiri je..tak yah ngada-ngada nak tolak ke orang lain. Dia sekadar nak tengok kewibawaan kita dan self confident. Yang uji kita pun pegawai saikologi ye dak. 

Ni siapa yang pernah pergi kursus motivasi Dr Azizan mesti taw kena SWITCH!!!!!
hahaha.

Ketua Kumpulan kami masa tu berbaju merah nama Abdul Rah'man Mahadi . Balik dari PAC PTD baru tahu artisss rupanya ketuaku suara sedap nyanyi Bollywood kat TV1 (dok tengok sehari lepas habis PAC) heheheheheh. very confident dan bersahaja bila bercakap. bagus. 

Terus lepastu benda yang sama berulang, "Siapa setiausaha @ pencatit kumpulan berdiri" hahahahahha. ini saya belasah  je la berdiri tanpa ragu-ragu sebab bukan susah nak tulis jergh. hehe. Lepastu lagi, "Siapa gadis ayu dalam kumpualan?" deymmit! Menyesal berdiri masa setiausaha!! nak jadi yang ayuuuuuuu tapi kalau berdiri 2 kali nampak macam tamak sangat gila kuasa.ISH! hahahahah. time ni adalah kalau yang malu-malu nak berdiri sebagai status ayu. kikikikik. perasan ayu betul-betul lah tu :P

Kalau dia suruh berdiri ofer jeeee diri. 

Ini cuma for FUN. Tapi test LDK @ latihan dalam kumpulan is yet to come. hahahhahaha. 
Soalan ni pernah lecturer dalam class cakap (bukan lah sebijik tapi ala-ala), Malam ni keluar lagi soalan itu...

Soalan kalau kapal nak karammmm siapa kita nak campak dalam laut.


Jadi tanpa tahu apa soalan game kali ni... ketua atau wakil group kena laju terus ke depan untuk ambil kertas soalan dan dalam masa yang sama cabut undi . 

TIPS adalah terus kedepan segera-  CEPAT.
Isu yang selalu jadi atau buang masa sikit sebab persoalan siapa yang nak wakilkan group? Masa ni tak kisah sebab sekadar ambil kertas soalan. 
Dan Kertas untuk memilih watak. oh no! kalau cepat dan pegawai bagi siapa cepat dapat pilih watak, pilih lah dengan baik tapiiii jika dia main bagi, berdoalah dapat main watak yang bagus.

Ini soalan dia (Gambar bukan dari soalan asal masa exam tapi lebih kurang sebijik jadi boleh di rifer):


hahahahhahaha. KAMI DAPAT GROUP TUKANG MASAK!!!!
Masa dapat soalan tu rasa tak adil je kenapa semua orang ada skill untuk duduk atas kapal, tetibe tukang masak je yang tak de alasan survival. Tak patot betui.hahahha. Tapi every problem is an opportunity, so bertungkus lumuslah otak kami dok pikir apaaa nak kataaa untuk tolong tukang masak ni. 
Kertas cabutan yang kami dapat, Watak Tukang masak berpengalaman hahahaha.
OK. JOM PAHAM SITUASI
Situasi kapal nak karam sebab ombak kuat sgt, so salah seorang kena turun dari kapal sebab nak ringankan kapal...tapi kita kena yakinkan semua orang kita kena duduk atas kapal lagi.
Hanya 7 orang mampu duduk atas kapal selama sejam untuk mendarat di pulau yang tak ada orang.

Persoalan basic yang muncul adalah:
-Semua maklumat tiada kepastian: Contoh nya "Berdasrkan anggaran" kapal mampu bertahan sejam, "Mengikut maklumat awal" pulau tersebut terbiar tak berpenghuni
- " pulau tersebut terbiar tak berpenghuni" -abandoned ? jadi ada kebarangkalian merupakan bekas penempatan lama yang dah tak digunakan...boleh disebagai teduhan sementara tunggu bantuan lain nanti.
- Kena buang kapal sebab nak kurangkan berat: Jadi watak mana yang agak-agak berbadan besar or berat?

soalan ni HANYA ADA 2 TUGAS yang perlu kita pikir (berdasarkan arahan): 
a. Pilih siapa yang nak disingkirkan
b. Defend diri kita

Kena paham arahan. Tak payah lah nak defend semua watak lain yang takde kena mengena. Defend only your self dan reason out kenapa nak buang salah sorang selain kita.
Dan yang menariknya game ni.. it test your limits and all possibilities cuma memang bias sikit kepada tukang masak.hahahah

TIPS BILA DAPAT WATAK DALAM BAHAYA: (macam tukang masak) JADI 1st PRESENTER!! awak tu dalam risiko, jadi kena kedepan cepat backup diri.
dan lagi bagus kalau boleh contra yakinkan group lain untuk buang watak lain yang ke-2 lemah

Tapi masa kami bincang, watak lemah yang lain mungkin "wanita sedang mengandung yang juga seorang jururawat" sebab dia tu bukan dapat bantu dan buatnya gugur terberanak...hahahha tapi positive point dia nurse okeyyy dan anak dia tu card penyelamat , dan nombor ke dua yang lemah is "Ahli bina badan yang sangat bertenaga dan tahan lasak" yang secara umum akan bagi persepsi beliau berbadan berat dan besar (sesuai turun sbb kapal nak kurangkan berat je tak perlu bertenaga,nanti makan pun banyak) but prooo dia, kalau mendarat nanti dipulau tu, tenaga dia dapat banyak membantu.

Masa haritu, ramai atau rata-rata, selalu  "Kapten kapal yang juga bekas pengurus projek perumahan" ni selamat atas tiket kapten kapal dan dapat kekal atas kapal. So pegawai tu provoke kata "eh kapten, awak tu yang lalai dan menyebabkan kapal awak kawara. awak gagal dan kenapa sekarang anak kapal yang perlu bekorban atas tanggungjawab awak??" wowwww mampuih.haha

biasa la prove ni memang the whole point of game ni. nak tengok cara defend diri.
Bila pikir balik, betul jugak orang kata "captain should sink with the ship" or " smooth sea never made a skillful sailor" so kaptain kita tak berapa skillful nampaknya! yela sebab bekas pengurus projek perumahan kan~~~
Lagi satu soalan perangkap pegawai adalah " okey, katakanlah masa tengah nak ke pulau, kapten kapal mati terkorban, mcm mana yg baki 6 orang tadi nak survive atas kapal?" jawapan dia mmg jatuh perangkap sebab dia jawab "akan ada orang lain yang yang di train akan take over" eh, ade org lain boleh ganti, so skarang boleh lah kapten yg turun kapal. :P
macam-macam hal! 

Masa main game ni, kita akan rasa banyak musuh yang ada kelebihan, tapi pikir balik kan... "Doktor perubatan yang baru empat tahun bekerja" memang lah bagus sebab walaupon 4 tahun kerja dia dah 6 tahun blaja dgn 2 tahun housemenship....TAPI, dia datang sebagai ank kapal tu bukan dia bawak apa-apa ubat pon, tak de tools apa2. dokter ni semua bergantung nanti pada benda2 tu jugak kan? setakat survival needs, comando pon tau. 
"Jurutera yang bijak dan berkemahiran tinggi" ni jurutera apa? bukan semua dapat buat semua benda .tapi mmg ssh sikit nak buang mamat ni. 

Macam-macam debate yang possible. ENDLESS 

Tapi kami sebagai TUKANG MASAK BERPENGALAMAN 30 TAHUN membuat keputusan untuk tak ambil cara mudah dengan membuang tukang angkat berat. Kami campak "Komando bersara yang kurus tetapi berkemahiran tinggi" dalam laut tuuu! HAHAHA. OK! dengar dulu..

Dalam kumpulan kami,hati yang berjiwa rakyat gitu.. kesian bila dipikirkan tukang masak atau ibu hamil terkapai-kapai dicampak begitu dalam laut. Kematian yang menyiksakan. So kami decide campak dalam laut orang yang dikatakan berpengalaman dan mahirr sebagai comando dalam laut. Sebab atas dasar kebolehan comando yang dah pasti terlatih menghadapi worst case senario, kami rancang cuba kekalkan semua anak kapal cuma comando perlu berenang ke sana sebab sejam je jarak. HAHAHA. eh serious lah.. ada yang argue nanti dia kena " hypothermia"atau kesejukan dlam air... tapi hanya biasa terjadi jika lebih beberapa jam.-mengikut rekod- dan comando akan lebih tahu cara nak atasi...nama dia  mammalian diving reflex. but apa-apalahkan. 
Pasti dgn kepakaran dokter yg kekal atas kapal akan advice juga "how to hike up your chance of survival in the cold sea" (if its cold lah kan). website ni kata..

“Everyone reacts differently to the cold, even under the same conditions.” In general, though, if you’re thin and don’t have much body fat, you’re more likely to experience hypothermia much faster than someone who’s overweight."

So jangan ingat sebab comando kurus akan alami ni okey. Kalau group comando yang taknak, nanti tanya dia balik, "katakanlah, tiba-tiba kapal tetap karam, will the comando have any chance of surviving?" kalau dia bley survive so dia bley la tolong berenang sendiri dan jumpa di pulau tu nanti.
But this was our argument masa tu je ok.hahahha. ada kemungkinan tak betoi

Test ni bukan about fakta betul tak pon, its more of how u stand for your opinion.

OK,da habis hurai kenapa nk buang komando (which is bukan nak buang tapi nak semua sama-sama selamat), hurai kenapa tukang masak nak kena stay (selain dari sebab takut mati)hahahah. 

Tertulis sama-sama, kami hurai balik, makanan adalah basic needs untuk hidup... mungkin bukan atas kapal yang dia berguna tapi bila tiba di pulau tu nanti...sebab...dia ada 30 tahun pengalaman. Bila chef ada pengalaman mcm tu, nak-nak kalau chef untuk team marin, dia tahu secara detail ramuan-ramuan yang kena buat dari raw material. Bila cakap mcm ni nanti comando argue dia pon boleh. Tapi tadi nak sampai pulau adalah "satujam pengalaman paling tromatik" what is worse kan nak kena makan pasir (as suggested by some other team macam rohingya katanya). Buat apa la susah-susah nak survive lama-lama jd saiko. Macam makan pasir, rumput, kaca, ada rekod orang yang selamat tapi kan merbahaya dan sedihkan keadaan. Sekurang-kurangnya, kami rasa adanya tukang masak, kurangkan keresahan emosi orang-orang yang baru je alami benda mcm tu. Penat, lapar, dapat pulak ikan hanyir salai mcm tu je. yekk. Dan selaku tukang masak pengalaman lama, dia tahu nk ubah suai makan apa yg sikit tp boleh bg tenaga nk kekal hidop lama. HAHAHAH basically camtula yang mampu kami tolong tukang masak. 


Tips keseluruhan game LDK 
ni bila pikir-pikir balik (atau kebanyakan benda ynag boleh dipelajari dari kesilapan masa tu):

1. Present 1st! Racun fikiran semua group lain (kena bangun lari naik pentas laju2,jangan slow nanti group lain naik dulu) nnt last2 masa dia makin pendek.

2.Kalau tak present dulu atas stage tuuuu,  Jadi orang pertama yang bertanya soalan. Sebab awal-awal banyak yang taknak tanya soalan lagi (which is also why watak lemah kena ambil kesempatan ni present 1st)

**Tapi kalau dah nak tanya tu, argue lah kenapa watak dia perlu kekal, bukan argue benda tak kena mengena. Jangan tanya kenapa dia nak buang watak yang dia pilih. Tanya benda yang membolehkan suruh dia turun**

3.Masa berbincang ada masa tertentu. Cepat2 catit points atas kertas nota sendiri (atau kertas majong yang kita dapat) DAN TERUS BINCANG DAN BAHAGI SIAPA AKAN PRESENT APA ATAS STAGE NANTI!  ini juga reflect cara agihan kerja dalam kumpulan. mungkin satu kumpulan ada 15 orang, dalam masa 5 minit bukan senang nak suruh semua bercakap. Memang game ni menyeronokan tapi ini juga exam, siapa tak sempat cakap, tak ada markah. so usaha lah tonjolkan diri bercakap. Kalau masa present tak sempat banyak bercakap,nnt acukan banyak soalan. Kalau ada yang berdiam, fesi akan provoke dan minta calon pendiam jawab. O.o

game ni mcm main badminton berkumpulan. Kalau boleh sama2 lah pass2 baton pukul. Jangan senyap je naya kumpulan. Kalau team dgn Lee chong wei pon boleh kalah nanti dan yang confident bagi chance kawan kumpulan berckp. tapi after all its a test kan. stand up and Voice out sebab semua tu markah!  attack team lain and defend diri!

Lepas dari game ni habis. TERUS DAPAT TOPIK untuk PUBLIC SPEAKING ESOK!

Nasib baik dah serika baju siap-siap. balik tu penat, ngantok. tapi tenung kertas soalan pikir apa nak dikatakan....zzzzzz... 

Kalau tak yakin, lebih baik fikir dan susun teks nak kata apa untuk esok bagi tak gagap-so kot2 kalau lupa boleh refer kertas :P sambung esok!

Comments

Post a Comment

Thanks! any thing, email me at umairahalias@gmail.com

Popular Posts