PAC PTD 2016 INTIM: PUBLIC SPEAKING DAN PULANG (HARI AKHIR)

Harini, 21 February, akhirnya di hari terakhir untuk aktiviti PAC PTD selepas 2hari,satu malam yang bermula penuh debaran , akan bakal berakhir.

(masih di dalam bilik asrama)
Malam tadi rancang nak tidur awal sebab tahu harini nak pakai energy yang banyak dan tidur tu penting untuk bagi otak aktif. Tapi resah juga sebab dah dapat topik2 public speaking malam tadi, jadi ke pukul 2 malam masih tak tidur. Sama-sama dengan Su masing2 mula buka phone dan google fakta bagi mengukuhkan topik perbahasan. Terus terang, topik bahasa melayu jauh lebih mudah nak cari isi berbanding topik bahasa inggeris TAPI rasanya Bahasa melayu akan lebih mencabar untuk dibahaskan sebab topik yang dapat untuk Perbahasan Bahasa Melayu  adalah " teknologi merengangkan hubungan sesama insan" dan kebanyakan bahasa teknologi mengadaptasi term-term bahasa inggeris. adui.

TIPS berpakaian untuk PAC
Bukan share apa, cuma ini apa yang ada kawan kongsi as guidline cara nak berpakaian sepanjang aktiviti PAC PTD ni nanti...Ini apa yang dia share masa tu..

Tips*** dress code from PTD penilai.
 Lelaki DIGALAKAN..

1. pakai tie warna merah.. No mickey mouse, bunga besaq.
2. Kemeja warna plain dan x terlalu terang
3. Sentiasa ada buku nota dan pen.

Perempuan DIGALAKAN..
1. Pakai "court shoes" - kasut hitam ,  Tumit jangan tinggi sangat.
2. Brooch jangan yg kelip and terlalu besaq.. 
3. Handbag preferably black and jgn besar sgt mcm trend sekarang (tapi beg sy besar!hahahaha)
4. Pastikan buku dan beg dibawa di belah kiri anda.. Tgn kanan tu free dr pegang apa2.. 
Ada yang sambung nasihat bagus be out standing dengan baju yang dibenarkan mcm kurung modern atau nak berblazer dan seluar slep pun boleh.
Elak tudung farida, kalau boleh berselendang gaya professional. bergaya tapi kemas. 

#Always says thank you and please.. Jgn lupa senyum dan melangkah dgn yakin...

(masih di dalam bilik asrama)
Sarapan bermula pukul 7pagi lagi. Yang dah makan breakfast kata pagini dihidangkan mihun goreng. Perut tak rasa lapar sebab isi topik nak public speaking masih sedang dikemaskan dari 6 pagi tadi sampai pukul 7 ni. Campur-campur masa bersiap, mandi, bertudung dan skali dgn persiapan mental, Su ajak ke kelas terus ke kelas pukul 7 setenggah sebab takut lambat jumpa kelas, nanti lagi gemuruh kan. okey tanpa breakfast, terus keluar bilik. Nasib baik as always, Su berbaik hati bagi 1 tin milo dan snickers bubuh dalam beg kalau lapar.hahahhahaha ingat lagi Su kata "nah (sambil bagi snickers) kan iklan dia pun kata hungry? grab a snickers" hahhaha. Baik Su ni byk kali tolong! sebab lepastu memang lapar! nasib alas perut dengan snickers tu!

(berjalan ke bilik untuk perucapan awam bahasa melayu)
Group berbeza dengan Su..jadi kami berpecah.
Sebenarnya, group untuk perucapan awam, public speaking dan perbincangan kumpulan bahasa inggeris, semua ni group member yang sama tetapi kena pindah ke bilik yang berbeza-beza dengan panel pemeriksa yang berbeza juga. Jadi terus ke klas pertama untuk group 4 iaitu bilik sindiket 2

Ini pintu bilik sindiket 2 di INTIM yang di share oleh team member kat watsapp. Kan dah kata most calon helpful. Harap diorg ni Allah akan mudahkan balik jugak :)

Location bilik pun dah ada group member yang update dalam group watsapp kami time tu. So tak delah nak sesat. Sindiket 2 ni kat bilik tingkat 5 tak salah sebab makin kecik nombor bilik sindiket ni, makin tinggilah dia.

Terus menunggu dalam bilik sindiket 2. Bila sampai tu dah agak ramai yang ada dalam tu. Banyak member da sampai awal lagi. WOW mood dalam bilik masing2 ada pegang kertas kecik dalam tangan. semua senyum. nasib baik geng kami ni agak ramai yang easy going, sempoi-sempoi rileks. Outspoken tapi tak over kot. Secara direct, pesaingan hebat tapi secara scop besar, ramai potensi berwibawa dan hati baik yang tercalon dalam ni. Banyak ketawa, sambil empat bincang untuk sokong masing-masing nanti ketika buat public speaking. Bukan apa. semua akan nervous nanti sama ada kantoi dan tertonjol ke nourvesan dia ke tak je. Jadi aura geng ni best sebab kita tau ramai ikhlas support. Ada yang masih google nak cari tambahan fakta masing-masing. Tapi whole point of public speaking ni bkn nak banyak point. cuma nak tengok  cara kita bercakap dan sampaikan point-point kita

TIPS Perucapan Awam- do and donts
Atas ni adalah tips terpenting masa perucapan awam bahasa melayu pac ptd ni.(same goes to public speaking) dalam masa hanya 5minit , bukan panjang. Buka dengan pendahuluan menarik perhatian,dan penutup membuka minda. Tengah-tengah tu tak perlu isi berjela! Cakap perkataan sebulat-sebulat nada tenang (JANGAN NADA MENJERIT high pitch sangat atau perlahan sangat), Guna pace yang tak terlalu laju- jangan cakap laju mcm kereta api. Apa yang tak best bila kita cakap laju adalah, satu..point kita cepat habis, tapi dua, kita bagi signal tak lansung kpd pendengar yang point kita tadi tu tak penting untuk didengari. 


Posisi masa present, depan kita ada kerusi semua calon-calon mendengar perucapan awam kita,dan ada meja disisi kiri kita dimana pengadil akan duduk. So bila nak bercakap, bak kata nasihat kawan se group masa tu..

"Angap je kita tengah nak cerita kisah kita dekat kawan-kawan kita"


Betul weyh. bila pikir mcm tu, separuh dari bedaran kita hilang! hahahah. jadi kenali member-member group kita sebelum present membantu. Jadi bila bercerita, kita akan mula buat banyak eye contact. Personally, sy suka respond masa orang bercerita, sebab nak bagi semangat kat presenter. jadi saya senyum, jawab salam dan angguk. sambil tu diri sendiri lupa kejap yang kita pun takut nak present nih! hahahahah. cara ni dpt elak diri sendiri panic.

JANGAN BACA KERTAS! dah di brief pegawai, kala pegang kertas dia potong markah, kalau baca kosong. dan Jangan bubuh isi dalam phone! totally cannot 

Berdiri tegak setempat (ini apa yang penilai komen dalam klas kami) bila kita berjalan atau melangkah ke depan dan belakang, ia mempamirkan rasa gemuruh kita. 

Kalau boleh berbahasa melayu sepenuhnya ketika perucapan bahasa melayu

(back to keadaan dalam bilik sindiket 2)
Dah lebih kurang masa 8.40pagi. Mana examiner ni tak masuk-masuk. Risau. Ada yang berborak , berbincang point masing-masing dan ada yang berdiam tenangkan diri gitu.

Pappp! okey dah masukkkk! Baik examiner ni. Pegawai smart berblazer dengan gaya casual yang friendly. 1st perception tengok pegawai tu dalam kepala pikir "oh, camni lah kot style ptd"
Dia masuk senyum-duduk dan cakap, awak semua dah kenal diri masing-masing kan? hahahah hakikatnya tak! kami kenal rupa je tapi tak tahu umur,asal, background pekerjaan dan hal2 lain macam kenapa kita pilih untuk jadi PTD. so okey, adalah jugak dalam 15 minit kami habis kenalkan diri masing2 .

katanya bukan dia nak bagi markah pun atau bukan dinilai pun cara kita kenalkan diri cuma sekadar berkenalan dulu dan tolong buang rasa gemuruh masing-masing. hehe thank you sir!
Kami bermula dengan nombor giliran random yang dia pilih. masing-masing hebat berhujah. 

(giliran saya)
Giliran sy tak sampai-sampai hinggalah  dalam antara yang terakhir, saya terus berjalan ke depan.
Sepanjang penantian, dah naik berdebar sikit, jadi tangan mengeletar tah kenapa. Overall saya rasa yang paling mencabar adalah untuk hujahkan topik saya (Teknologi merenggangkan hubungan sesama insan) sebab banyak perkataan english yg lebih natural keluar dari mulut. aduhai! dan bila nervous, nada kita lebih tinggi. tangan kita banyak bergerak. itu penilaian kita sendiri lah rasanya. tapi takpe, itu mungkin usaha sebaik yang dapat! Penilai memberi komen mcm dalam tips2 kat atas tu (yes itu komen penilai masa tu) jadi dalam hati berdoa dapat counter to do better dalam english public speaking! 


(ke bilik sindiket 5 untuk public speaking)

HA!!! habis-habis bahasa melayu terus masuk bahasa ingeris ada gap cuma 10minit. Nak berjalan ke klas, masuk-masuk dah ada penilai menunggu kami! tak sempat lah nak add2 isi bahasa ingeris atau apa-apa. ALAMAK! sebab tadi pagi banyak fikir isi bahasa melayu, isi bahasa ingeris sangat sikit! tadi BM dah present antara yang terakhir, bila masuk BI jantung rasa nak terkeluar dari badan. serious! 

masuk-masuk, susunan bilik macam meja meeting
Peniali terus tanya "sebelum kita mulakan, saya nak tahu, adatak yang nak volunteer mulakan dulu" eh ehhhhh gatal kaw eh pergi angkat tangan hahahhahaha aduiiiii. saya tah kenapa tak pikir jauh laju angkat tangan tampa was was!! hang gila kaaaa OMG! separuh dalam otak fikir sebelum orang lain present gila-gila baik jangan saiko kan diri-so kedepan dulu..

okey.. bilik sindiket 5 ni memang terlebih sejuk.. dengan kedudukan mcm bilik meeting, dan isi yang limited. saya kena guna tips penilai tadi- bercakap pace tak laju.hahhahahaah. Hakikatnya english ni biasa kat university present dalam english, walaupun tak power gila tapi kita da agak selesa.

Mula lah speech. aim pertama adalah bagi cukop 5minit. Topik kalini adalah "energy conservation" atau energy saving.. haha. ingat lagi saya mula kan dengan ayat membeli masa " I am about to share with all one very hot topic, so hottttt that we could probably need to add more air cond in the roo  or, should we reduce the temperature of the room? (hahaha. mampuih hang la jebon! masa ni dok pikir tapi bilik ni dah sejuk gila okey!)..haha ade nampak team mates yang betul-betul tengok ke arah swis airkon. tapi lps tu sambung lah ayat.." or.... probably not?? because we need to conserve energy and today, I am going to share more of the banefit of energy conservation" hahahah. tahlah. dikala sme orang berpidato fakta ala-ala buletin utama, i am the story telling wot ever ohkey! But was so happy sebab dapat bercakap dalam masa. Nasihat kat sini, patutnya prt BM tu td tak yah pikir point lama-lama :P 

tapi yang sedih, kalau pegang kertas dan baca-point kita akan terus kosong. so its better untuk merapu, atau cipta je fakta apa-apa, but dont read. memandangkan kalini jd orang 1st. alhamdulillah, semua presentation orang lain kita dpt dengar. Suka dengar sorang ni present. tenang nada dia rupanya pemidato!! tak aci! hahahaha. tp suka dengar gaya camtu! 

OKEY! ini adalah list of topics perucapan awam BM dan public speaking sesi 4 2016 ni:

English:

1.benefit of conserving energy
2.National integration amongst malaysian
3. Thinning of the ozone layer
4.the uses of renewable energy
5.Cultivating thrifty is a necessity in every family.
6.Importance of good drainage systems 
7. Rural poverty
8. The use of biodegradable food packaging
9. Fruit trees to replacs decorative plants for urban landscaping.
10. Combating illegal logging.

Bahasa Melayu: 

1.Diplomasi masih relevan di malaysia
2.teknologi meregangkan perhubungan sesama insan
3. Wanita sebagai pemimpin dunia
4.obestiti adalah tidak ok
5.Melentur buluh biar dari rebungnya.
6. Perlancongan di malaysia
7. Industri herba di Malaysia
8. Keusahawanan kerjaya pilihan.
9. Belia cemerlang impian negara
10. Kepenggunaan


(Bersambung ke perbincangan BI berkumpulan)
Okey yang ni tak susah sangat ASALKAN BERCAKAP! kte orang da plan sebelum tu lagi rule jangan cantas siapa-siapa ... sme jenis supportive so okey la, 

Penilai tu kata awal-awal.... Saya nak semua orang becakap.siapa dominant (maybe maksud dia nak asik dia je cakap) akan SUSAH which means its not good to be over dominating dalam group tu. best kalau sama rata sme cakap, tapi sebab berkumpulan, so tak lah nervous hahahahha. kejap je rasa dah sejam. Nak-nak topik " art and entertainment industry in Malaysia", sorang tu dari TV1 so dia la yang pembuka arah, dan kite org elect sorang ni jd chair person. best! ok tu je! nak balik dah!! makan satar! masa ni rindu ibu abah dah! heheeeeee

Geng 4:
Gambar selepas habis PAC! fuh~~
senarai nama yang ditampal kat wall cantin masa tu- group4


Bergambar terus lepas keluar sindiket 16 dan TAMAT PAC!

Sindiket 16! TAMAT PAC!
Benci btul kena jadi pemegang camera muka sorang je besaaa T_T tp okeyla,ade kenangan! <3

Comments

  1. very good tips for PAC candidate. thank you very much! =)

    ReplyDelete
  2. nasib baik jumpa blog ni. Alhamdulillah sy berjaya lulus online exam nov 2016 n now tengah tunggu panggilan pac. since sy memang stay terengganu, hopefully memang dapat kat intim. hehe. memang detail journey pac kat blog ni. boleh bantu sy prepare. tp risau beep test tu.. btw thanks for the infos n guidances !

    -Hanny

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum nak tanya. Dapat panggilan utk interview? Any tips? Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum nak tanya. Dapat panggilan utk interview? Any tips? Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, thnx for the good tips. sy ada 1 cadangan, why not kita yg lulus exam Nov 2016 kita kumpulkan dalam 1 group wasap. Boleh discus untuk PAC preparation. boleh add fb sy, Lili Nana ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Lili, I cant add you... I akan ke INTAN Bukit Kiara utk PAC Jan 2017. Add me on Fb, Syatilla Ramlan

      Delete
    2. Saya pon dapat panggilan PAC 21 & 22/1/2017 dekat INTAN bukit kiara..
      FB : ahmad sang pemimpi

      Delete
  6. Just finished reading ur post regarding pac. Really2 helpful & insightful. I pun ex UIA jugak! :) Tapi berdebarnyee. Thanksss. May allah bless u for this kindness. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks! any thing, email me at umairahalias@gmail.com

Popular Posts