PAC PTD 2016 INTIM : SEHARI SEBELUM

**Catatan ini untuk bukan tips pac ptd tetapi sekadar rekod persendirian dan pengalaman melalui pac ptd yang dijalankan. Saya bergembira jika dapat membantu dan dijadikan rujukan secara am tetapi ketepatan maklumat tidak dijamin**


Selepas hampir 2 minggu lepas dengan tidak disangka sangka lansung, mendapat satu seruan mengejutkan.... dapat email dari pihak SPA, panggilan untuk ujian PAC PTD sesi 2016. Hasil ujian online haritu LULUS! alhamdulillahhhh... Walaubagaimanapun sebenarnya sedar agak lewat beberapa hari kemudian sebab jarang-jarang buka email kan. 



Masa dapat email ni ya Allah hati nak jatuh taktau nk kata..
Jadi tibalah saat atau moment yang mendebarkan. PAC PTD exam ni apa diaaaa. mula lah google2 jumpa beberapa blog-blog persendirian yang dapat slow2 bagi gambaran apa yang bakal dihadapi. Hati terbelah nak pergi ke tak, nak pergi ke tak, bukan apa, jauh pulak tercampak ke INTAN kemaman terengganu@ INTIM. Ade INTAN KL tepi UM ni je kenapa la tercampak jauh. Tapi sebab hati kuat nak lalui, cuba pujuk abah tolong (dengan bantuan ibu sebagai penasihat 25%).. Akhirnya abah setuju bantu! Bila baca lagi lanjut, ada test utk kesihatan bernama Ujian kecergasan jasmani kebangsaan atau nama manjanya UKJK. Ada tanya bekas student abah yang kini PTD, katanya kalini apa yang dia dengar pengambilan sangat strict pasal BMI. tudiaaaa. itu,merisaukan... sebab kalau ikut berat sekarang yang 75kilo, tinggi 163cm, BMI=28.2 (syarat lulus 29) sah2 atas pagar tu. BMI yang dia minta 19 ke 29. 

Jauh nak ke terengganu dengan risiko BMI mcm tu tapi kuat kan hati, berdoa tutup mata sepakat dengan ibu abah dan pergi. Apa jadi lepastu, biar dalam keputusan Allah untuk yang terbaik. InsyaAllah.


19 February 2016
PAC Sesi 4 2016 
Hari Jumaat, selepas solat Jumaat kami siap dengan beg yang nak diangkot bawa nanti tunggu abah depan rumah
Beg baju yang diguna masa tu...hehe AF sangat
semua jenis beg ni ade je orang yang pakai so okey je semua...

** Nota Tips PAC PTD: Beg atau luggage yang sesuai nak bawa masa ujian pac ptd- tidak kisah, ramai yang membawa sama ada hand luggage (beg tarik kecil biasa) atau back pack ala2 org pergi hiking. Boleh bawa 3 4 beg pon tak pe asal selesa nanti. Tapi better bawa beg tarik untuk perempuan sebab lagi mudah heret sana sini sebab jalan2 dalam bangunan semua ada ramp sebelah tangga. siap kalau nak bawak makanan pun boleh mcm milo tin (untuk alas perut pagi or nak minum2 nanti masa malam nk prepare public speeking)


Perjalanan ke Kuantan
3.18 petang abah sampai, jadi lebih kurang bawa semua yang perlu termasuk selimut lebih dan bantal lebih (sebab nak tumpang tido sebiilik di hotel dengan ibu abah nanti-dapat la jimat tak payah pakai extra bed) semua barang letak brg atas kereta. 3.30 petang terus bertolak ke Kuantan. 

Kami sama2 decide tido Kuantan sebab kuantan dah dalam laluan KL ke Terengganu dalam 3 jam sampai sebab takut abah letih sangat direct ke Terengganu (Plus bahaya malam2 banyak jalan ke sana gelap). Yang tak bagusnya esok kena bangun awal sebab nak sejam juga nanti dari Kuantan ke Kemaman.Tapi tak pe, biar lambat asal selamat.

BERKENAAN HOTEL ATAU TEKSI
*untuk yang tak larat nak drive direct KL ke Kemaman boleh lah tido di tengah2 macam Kuantan atau Cherating etc..tapi mengikut info yang banyak peserta lain share ada banyak hotel murah keliling tu (katanya kawasan museum kemaman) atau kalau yang dekat betul dengan intim mungkin rest house dalam rate rm150(kata mereka la) . cuma tak dapat lah nak tolong komen ok tak hotel sana. Cuma banefitnya tak perlu rush pagi tu bersiap awal. Tenaga penting ketika PAC jadi sebolehnya kena cukop tidur.

Pasal teksi pula dari hotel sekitar kemaman nak ke intan Kemaman untuk PAC PTD..ini apa yang ada kawan share *info dari group watsapp (maybe bermanfaat in future juga) Boleh call dan book siap2 Taxi tapi better hari sebelum nak pergi PAC takut x available:


Kemaman Texi services: +609-8591773 atau 010- 3371773



Cuaca mendung. Separuh jalan hujan mulai renyai...Risau juga lalu karak. Tambah rasa serba salah perlu minta tolong ibu abah yg masih tak hilang penat drive balik dr Lumut 2 hari lepas. 


Cuaca mendung

(dirumah tadi sebelum bertolak)
Incident masa kat rumah tadi pun, penat sgt agaknya, nk kejutkan ibu dari short nap dan ajak bersiap sebab abah dah nak sampai, tapi ibu bangun dengan blur2 tanya nak ke mana. Penat sgt lah tu.sampai lost short memory.

Kadang rasa bersalah seusia ni, masih perlu juga minta tolong dari org tua kita.. tapi, Mungkin ini baru permulaan. Jujur sangat, Neves utk esok ketat kat dada. Rse macam pakai koset.lemas. dengan tak tahu apa yg bakal nak lalui esok.Info tak banyak. Bercampur dengan rse perlu berusaha habis keras esok demi usaha sama ibu abah. (Semoga allah bantu memudahkan) 

Petang tu check in hotel vistana Kuantan sebab abah belanja. whehehe. Sekali dengan dinner hotel lagi. Terharunya abahhhhh. T.T katanya supaya kita sama2 tak penat esok nak sambung drive lagi, nak kena ujian lari lagi..hehehe. Sampai hotel pon dah pukul 7 malam jadi dinner terus. Baju2 yang nak pakai esok (set sukan) terus gantung, gosok2 kasut kata kat dia "esok lari elok2 okey kasut" hahahah. mind game betul PAC ni. 

kalut : abah banyak bantu . Terima kasih banyak! T_T
kesian masing2 muka penat tapi abah cuba senyum
sempat main snap gambar,mcm ibu kecik dari abah LOL.#cuba tenangkan diri
OH! mesti Breakfast 2 jam sebelum ujian UKJK sebab tenaga sangat2 penting dan bagi banyak beza pada energy level. Jadi malam tu ade beli Yogurt dan oats dan pisang (bancuh siap2 jadi overnight oats) sebab makanan tu tahan kenyang lama sikit. hehe. mengada betol. mcm nak masuk olimpik. tapi sebab risiko BMI kenalah lebih sikit pikir. dada masih ketat nervous baca2 contoh2 karangan tapi terus tidur pukul 12. nasib baik senang lena. sofabed empuk kot.esok kena bangun 5 pagi. 


sofa bed class A++ ni! 












Comments

Popular Posts