PAC PTD 2016 INTIM : HARI PERTAMA PERJALANAN KE INTAN KEMAMAN

**Catatan ini untuk bukan tips pac ptd tetapi sekadar rekod persendirian dan pengalaman melalui pac ptd yang dijalankan. Saya bergembira jika dapat membantu dan dijadikan rujukan secara am tetapi ketepatan maklumat tidak dijamin**

20 february 2016, Hari keramat mula


Pkul 5 pagi sharp terus bangun. Terpacak. tak sempat gosok mata pun terus berdiri.
Tak mcm selalu yang liat boleh snooze2 alarm clock tu. Sebab berkongsi bilik 3 org dgn ibu abah jadi kenala bergilir guna toilet. Terus bangun mandi. 
Laju masing2 siap mandi dan sarung2 baju yang da gantung semalam jadi dalam 5.30 semua dah siap. Abah isi minyak kereta sekejap di petrol station depan hotel..masing2 dah siap berwuduk utk solat tgh jalan je nnt..jadi perjalan ke intan kemaman diteruskan. 

jalan makin terang


(nostalgia)
Atas kereta, ibupun mula cerita kenangan masa ak kecik dulu, abah kerja Mpk Kuantan jd ibu akan tumpang tido di rumah abah  bila perlu turun mengajar sekali sekala di intan kemaman (sebab ibu tingal d kl) ... berulang alik la dr kuantan ke kemaman.. nk tumpang sleep over dgn abah la katanya. haha macam-macam ibu share memories. nasib jugak, hilang sikit nervous tu. Habis jugak masa berborak atas kereta.

Jalan dari Kuantan ke Kemaman memang gelap tak berlampu jadi abah kadang2 kena turn on high beam. dengan kucing melintasnya. Ibu kata dulu2 pernah masa dia drive lembu lah, itik lah. Tak lama lepas tu kami lalu 1 geng lembu pula.hahhaha.


SOLAT SUBUH JAP
Dalam 6.35 pagi nampak la ade masjid tepi jalan tu.....Masjid Qariah Kampung Sungai Ular, Balok Pahang..jd berhenti subuh. Yang kelakPAC PTD lah ni sbb Masjid ke INTAN ada dalam 20 minit je lagi. Bila tanya yes. betul! Aura pagi nak ujian PAC PTD ni hebat betul pagi2 buta dah ramai. 


SAMPAI DI DEPAN BANGUNAN INTAN KEMAMAN @ INTIM

Terpaku, terpacak depan bangunan Intan Kemaman pukul 7.10minit. Lebih 10minit lambat dari target time sebab jalan gelap tadi (waktu register 7 sampai 8pm) Dengan banyak kereta2 dah banyak, ramai dah tengah register dan ada yang dah siap register. Kereta di park luar pagar Bangunan untuk registration tu (Parking ni cantik bawah pokok rhu mengadap pantai) 
Dalam hati masa ni fikir, ah sudahhhhhhh jangan kata nak kena lari2 tepi pantai pula. Ok kita simpan keraguan ni jap lagi bila masuk part ukjk test okey. Tapi pantai lawa angin sepoi2. org KL jakun lah tengok kan.hahahaha.
Ni gambar pantai tepi INTAN yang abah share sambil dia tunggu kami register masa tu. Cantik kan?
Park kereta bawah rhu2 ni lah...dengan sunrise nya.nasib lambat, kalau tak dah pergi baring kat pasir dah tengok matahari

Semua tersusun. Typical INTAN, tak pernah mengecewakan. Well organised sebab dari pagar mana2 sampai la ke tempat pendaftaran, semua laluan ada penjaga yang tunjuk arah. Bravo. hahaha so takde alasan la sesat dalam kompleks intan blabla. Kami masuk dari pagar 2 (pintu belakang) dan kena terus ke blok eksekutif ...depan blok tu ade pagar 1 yang betul-betul mengadap pantai (pantai yang untuk parking tu)





saya tolong kalerkan peta ni, yang oren tu pantai untuk makbapa park, pink tu bangunan kita


Sampai2 laju kemain masuk dalam bangunan, Beg baju masih atas kereta sebab dalam kepala masa tu fikir, better jangan turunkan lagi beg sebab tak tahu jauh mana nak kena tarik. (Hakikatnya 100meter ke depan je, dan better bawa beg siap2). Tapi masa tu minta ibu abah tengokan. 


Tempat keluarga menunggu
Semua siap tersusun. Ada kawasan menunggu keluarga yang mana ade breakfast provided for family (nasi lemak tak silap sebab masa tu takan lalu makan and mostly yang makan parents yang ikut). Tapi kot2 ada mak bapak, memang senang la, tak rasa bersalah suruh diorg tggu nak register. Ibu abah tunggu disini sementara ak belum abmil beg dari dalam kereta. Ada ibu bapa yang dah mula berkawan juga duduk semeja berborak. Ade dengar masa lalu tu sorang pakcik kata, "test ni kesihatan tu mustahak...susahla ni yang gemok" Pap pap masa lalu depan pakcik tu..dengar dia sambung nada slow.." yang besar-besar ni pon nampak ramai ni" Terasa kecut dengar pakcik ni. gulp.haha

Tempat pendaftaran

Dalam bangunan, tersusun 4 meja. setiap satu meja ade range ikut nombor giliran (macam yang dia dah cakap dalam surat offer tu). Masani serahkanlah segala borang2 yang dia minta as in email. Basically borang spa yang dah siap tampal gambar, dan surat pangilan ke exam. Bila siap tu, ada 2 borang baru yang dia akan bagi (which will be used by panel masa ujian ukjk) Antara isi borang tu termasuklah nak declair penyakit-penyakit (kalau pregnant atau baru bedah, boleh lah rojer) dan ada slot2 utk bahagian2 kesihatan isi nanti. Slot saksi, biar la mana2 kawan yang kita baru kenal signkan. (Jangan risau pasal kawan.yang best pasal calon2 PTD ramainya sangat friendly dan easy going)


borang peach dan putih adalah borang yang perlu di isi masa tu


ni lah cth je apa yang kita orang dpt kena pakai nombor giliran. 

Habis sekali dengan borang, dapat la nombor giliran badan yang kena pakai alllllll the time.

Yes, kena pakai nombor giliran dibadan everytime sebab kita dinilai dari nombor.Nama tak penting lagi.Lepas isi borang ni, boleh lah mula berkumpul kat dewan nanti untuk UKJK yang akn bermula 8,30... Pegawai tu tanya beg luggage ade ke? katanya kalau ada beg, boleh bubuh dalam satu bilik (masa tu bilik bernombor 1004) utk semua beg2 disimpan,tapi ble kami cek ramai2,kunci lagi pula bilik tu......so belasah jelaaaa letak beg kat luar depan kawasan register tu as suggested by pegawai tu. Takde benda mahal pon dlm tu so okey la kan. 

Masa ni, lepas ambil beg, salam ibu abah kiss kiss terus kena masuk dah. Tingal doa dan semangat mereka utk kita sambung usaha bertahan ujian PAC PTD. :))













Comments

  1. slm. terjmp blog awk coincidently..sy kn PAC 24hb ni kt INTIM..gud luck sis! Please share any tips.hha

    Ida

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Ida, nak kata tips tu bukan sangat tapi pengalaman boleh lah.... watsapp lah saya 0126921321. semoga kita semua sama2 berjaya!amin

      Delete
  2. Good sharing, seriously !! Thanks .

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks, happy kalau ada yg boleh benefit dr pengalaman lama :)

      Delete
  3. Berapa lama tempoh panggilan unt ke PAC lepas dapat keputusan lulus exam?

    ReplyDelete
  4. Berapa lama tempoh panggilan unt ke PAC lepas dapat keputusan lulus exam?

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks! any thing, email me at umairahalias@gmail.com

Popular Posts