PAC PTD 2016 INTIM: CHECK IN BILIK ASRAMA INTAN KEMAMAN

CHECK IN bilik asrama INTIM @ INTAN kemaman!

Alhamdulillah ambik kunci beratur lepas habis semua exam penulisan petang tu dalam pukul 5.30petang

Bila nak check in bilik, dah ada briefing sikit macam jangan bawa masuk family ke bilik,jangan keluar dari INTAN suka hati, dan ada dikenalkan kedai runcit koperasi kalau nak beli apa-apa makanan dan keperluan ala-ala 7eleven.

AMBIL KUNCI
beratur nak ambil kunci masing-masing muka penat. Beratur tunggu.nanti nak check out pun beratur tempat sama tinggalkan kunci.Kita akan dapat sebilik dengan siapa yang kita beratur.

Ni contoh kunci dari google hehe
Tak dikira pun siapa-siapa janji sebilik 2 orang. Nasib beratur tak belakang sangat jadi masih dapat bilik masih di ground level senang nak tarik beg luggage ala-ala crew kapal terbang . hahahah. Bilik nombor 029 sebilik dengan Su. Su ni perangai dia okey,menyelesakan dan tak over sangat PLUS sangat knowledgable!..so nasib baik lagi Allah mudahkan aktiviti tu. 

Fuuu lega dapat masuk bilik. rasa nak baring sangat sangat dah!okeyy. back to bilik ni ok. 
Bilik ni honestly agak season- berbau bangunan lama tapi terus terang...Sangat lengkap! kata je nak apa basically semua basic needs ade.

Tada! ni lah bilik asrama sempena PAC PTD di INTIM Intan Kemaman okey!

Masa masuk kemas, masa keluar pun kena kemas warden kata!
Biar di list down kan disini apa yang disediakan dalam asrama intan Kemaman (intim) ni okey!

1. ADA TUALA DAN 1 PEK SHAMPOO!


2. ADA TV DAN MINI FRIDGE
Tak de masa pun nak tengok Tv dan fridge belum di ON kan jadi kena buka sendiri ok.

3. ADA ALMARI: dalam almari ni ada hanger siap2 cukop untuk 2 orang dan kalau nak gantung tuala pon ada pengantung tuala,dan ada rak kasut, tong sampah

4. ADA WATER HEATER
tengok gamba jela k. takde barang tersembunyi pon


5. ADA TEMPAT MASAK AIR

6. ADA IRON ATAU SERIKA! Yang ni paling penting KAN! esp masa PAC yang nak berbaju kurung ni

OH! ADA FREE WIFI:-
boleh guna ID sebagai "PESERTA"
INTAN KEMAMAN FREE WIFI PASWORD:p4r4p353rt4

ok itu basically basic needs, ade sliper dan sejadah jugak

Tapi tak pasti kalau ade bilik lain-lain dapat barang lain-lain
Petang tu balik terus mandi shampoo sebab peluh kan pagi tadi, kepala pon da mula berdenyut so shampooo! air tak kuat sangat maybe sebab ramai orang pakai.
**Peringatan sikit, pagi2 subuh akan air slow sebab rata2 semua bangun pukul 6 dan guna toilet kan.
Tak jadi tidur , lepas mandi solat, serika lahhhh baju malam ni dan esok sebab nanti tak balik dari activiti malam tak sempat dah! balik nak pikir topik public speaker jer pastu pengsan!!
hahahahhaha.

OK, kejap je da pukul 7, so pergi dinner dan sambung LDK!

Belanja gambar sikit depan pintu bilikkk tapi ni gamba masa nk check out dah!




Comments

Popular Posts