APA ADA DEKAT TURKEY (episod 4) Journey to Cappadocia!

Pamukkale to Cappadocia

Day 4! 
Ready for checkout and a longggg journey today!

Beg beg dah ready untuk masuk bus nanti
Before check-out! Ibu last bergambar tepi pool hotel sebelum checkout di Lycus River Hotel


Perjalanan mula lagi untuk bergerak dari Pamukkale to Cappadocia yang kalau diukur jarak seolah2 macam dari Johor ke Perak... dijangka mungkin dalam 7 jam. 
Yes. The longest trip in a day for this 10days Turkey adventure. Pengsan dan akan kematulah bontot kalau direct trip. Tapi nasib baik lawatan harini Focus kawasan2 sepanjang perjalanan nanti saja sebelum menjelajah Cappadocia. 



R&R STOP at Dinar forPOPPYSEEDS YOGURT!

On the way perjalanan dari Pamukkale ke Cappadocia kami berhenti rehat selepas dalam satu jam setengah perjalanan dari Pamukkale tadi...
Macam trip hari2 sebelumnya,  akan slalu ade toilet stop dan untuk minum2 atau beli chocolate dan jajan2..

Tapi nak share sikit best tempat kte orang berhenti masa ni sebab ade 1 special yogurt (Turkey ni memang tak habis2 dengan dairy products dia yang maveles) Yogurt with Poppy seeds ! Yabber daber dooo for the tummy. 

Masa masuk2 kedai lagi ada pakcik2 serombongan yang mempersoalkan boleh ke makan poppy seeds? Poppy seeds ni halal ke haram? Boleh ke beli Masuk Malaysia nanti?

So kita orang blur2 jugak kenapa haram...so abah explain laa... Poppy seed dalam bahasa melayu orang pangil "Kaskas" kalau tak silap. Tapi di Turkey depa pon pangil "Khaskhas"

Yang menjadi kontroversi adalah sebab bijik2 poppy seed ni datang dri bunga pokok Opium yang jugak menghasilkan dadah jenis heroin. haaaaa . Ada beranii

Tapi di Turkey tak salah makan bijiknya sebab tak bagi kesan dadah, heroin je salah tapi ikut negara lain2. Kami ade jugak beli 1 peket, konon2 nak bawak balik Malaysia, tapi last minit abah tingalkan kat hotel sebab risau jadi isu di KLIA . Malas lah nak macam2 hal. So sekadar layan makan masa di Turkey....

yang halus kacang2 tu lah poppy seeds dan yang tengah tu honey dia


KESEDAPAN NYATA!MUST TRY**
Poppy seeds ni rasa seolah2 chia seed atau kacang2 macam tu tapi sebab texture dia halus2 memang lazatttt bila kena gaul dengan honey dan yogurt asli (freshly made) di Dinar, Turkey yang likat pekat. 

Pakcik yang buat tu klakar2 main2 tebalikan pingan nak tunjuk yogurt tu tak cair. Yogurt antara benda yang kena la banyak2 makan masa pergi Turkey. Ibu yang tak berapa selera yogurt dan cheese pon boleh makan. rasa dia lain.. Masa ni mula2 beli 1 share tapi lepas rasa kami semua sambung beratoq beli lagi

Pakcik ni lah acah2 terbalikkan pingan Yogurt
Ni versi dah gaul. mcm ais krim kan

LUNCH ni wilayah Konya

Lepas 3 jam drive , ke enakan yogurt tadi dah tak mampu tampung perut kami. Lapar and just nice, tiba di kedai makan nama Özkan Dinlenme Tesisleri dengan reka design kedai yang unique . Kami berhenti solat disini jugak. Memandangkan bangunan pelik jadi tak teringat lapar sangat tunggu makanan sampai. 

Özkan Dinlenme Tesisleri


MEVLANA MUSEUM

Jadi dah solat and makan , boleh la lepas ni melawat Mevlana Museum yang terkenal dengan sufi. Perjalanan diteruskan tak jauh sangat ke sana..

Muka bumi dalam perjalanan ke Mevlana Museum agak gersang
Mevlana sendiri bermaksud my master...
Golongan sufi ni yang menjadi mausoleum untuk seorang sufi Parsi bernama Jalal ad-Din Muhammad Rumi (Kalau orang yang suka quotes2 of the day ni mesti kenal sebab banyak quoted dari Rumi ni sebab Rumi jugak penyair) .. Sufi sangat sinonim dengan imej Turkey yang banyak kita tengok di Tv atau channel tourism yang tunjuk Tarian Sufi (‘sema’ Mevleviye dance ceremony) dengan laki2 berjubah kembang menari dan pusing setempat. Dikatakan kalau kita pusing2 biasa , susah nak diri setempat tapi sufi2 ni di ajar untuk berzikir sambil pusing.

Contoh Tarian Sufi (‘sema’ Mevleviye dance ceremony) yang kita nampak di iklan tourism Turkey. 


Dalam museum ni ada replika2 patong yang tunjuk gaya sufi sufi dan di dalam mausoleum pula dipercayai dimana Rumi dan ayah dia di kebumikan..
 Banyak kisah2 sejarah sekirar kawasan ni..
Taklama sangat singah disini, perjalanan diteruskan ke Sultanhani Caravanserai 


SULTANHANI CARAVANSERAI 

Mevlana Museum To Sultanhani Caravanserai took about 3 hrs. 

Caravanserai ni dulu masa belajar architecture lecturer selalu la cerita. Ala2 hotel tempat pedagang pedagang . Jadi style pembinaan dia tu menarik sebab macam mix development ade hotel, ada tempat simpan kuda untuk cergaskan balik sebelum pedagang sambung berjalan, ade store dan ade ala2 pasar untuk pedagang2 tu buat jual beli sesama diorg.  

Soooooo... Sultanhani Caravanserai ni kira hotel paling besar masa zaman pemerintahan Seljuk. Dibawah perlindungan caravanserai, pedagang2 tadi akan dilindungi dari binatang buas, cuaca dan sebagainya. sebab tu katanya dulu pagar dia buka sampai waktu tertentu untuk elak apa2 ancaman masuk ke dalam kubu caravanserai tu. Kalau gate dah tutup tunggu la kat luar sampai pagi esok. Suasana perjalanan yang agak gersang tadi makes it logical jugak perlunya caravanserai ni.

Bangunan ni ada 2 bahagian, satu bahagian terbuka (courtyard) yang dipakai masa musim panas, dan bangunan tertutup untuk musim sejuk


Mr Gokhan tengah semangat bagi briefing pasal kisah2 teladan Caravanserai ni

depan pintu pagar Caravanserai.

The building architecture from  /www.tourmakerturkey.com/

Bagi chan dating sementara ektiviti bebas kat sini

Masa sampai dah nak ke petang tadi, jadi sebelum makin gelap kami balik and rest di hotel Cappadociaaaaa aku datang! 

Comments