APA ADA DEKAT TURKEY (episod 1)


Bila tadi, tengok balik album-album gambar, perghhh, kejap je okey dah 3 tahun pergi Turkey.
So rasa rasa kena ni rekod tulis kat mana-mana, takut lupa perjalanan trip pergi Turkey....Kenangan manis pahit masin semua tu lama-lama lupa nanti. Delay punya delay, nak susun gambar dalam album pon makin confuse. Maklom la, bizi mengalahkan Obama. So this is a self record untuk diri sendiri, tapi tak tau la kalau ade org lain boleh banefit sambil baca nanti....kot la ade yang nk review or tau detail perjalanan pergi sana.

Amacam, rindu kot nak ade balik masa atas ni (mood belek album)


OKEY! sebelum lupa mai kita rekod siap2,,,,,,Trip masa ni pergi Turkey tahun 2013 selama 10 hari. Fall nak ke winter , bulan October 2013.  Suhu pon nyaman nyaman 15 darjah Celsius gitu.

Sebab kali ni pergi dengan whole family kami berlima. Bukan senang nak gabung waktu free semua serentak. Just nice, adik baru habis PMR masa tu , ibu pun dah lama terkepam dalam rumah, so akhirnya abah ajak ramai2 berjalan-jalan, dengan syarat bayar masing2...hahahah!
so marilah kita pergi dengan tour agent favorite  ibu, Poto Travel.

Yes, kalau tanya ibu, paling dia suka Poto Travel. Bukan tak pernah pergi dengan agent lain (sebab keluarga kte org ni hantu travel, biarla xde bungalow kreta 2 3 bijik, janji nak la travel selang 2 3 tahun tu kalau ada rezeki) , nak backpack tu agak tak berkudrat untuk ibu abah, jadi agent ni kami dah pernah beberapa kali ikot diorg, best.....suka bagi makan sedap, hotel pon sememeh, harga pun not bad, pendek kata, selesa la kalau nak bawak orang2 tua ni! terpelihara kehidopan tu..tudia.

Nak cerita kona sikit, sebenarnya sebelum trip ni, kami pernah dah pi Turkey tapi setakat Istanbul. Sebab masa tu pun alang-alang tengah hantar adik belajar kat Egypt, so singah Istanbul. tapi Turkey ni sebenarnya besar....masa tu punya la menyesal singah Istanbul je sebab rupa-rupanya banyak benda menarik dalam Turkey. Yes, kalau lain kali orang lain nak pergi, jangan sekadar singah Istanbul okey. Okeyyyy so kami pon naik MAS (kan dah kata mmg selesa la travel untuk org2 tua trip mcm ni..hehe)

Flight MAS ke Turkey MH 0030



Belasah jela makan sedap cheese cake and fish fillet pasta with salmon salad. Haaaa selalu naik air asia x dpt merasa makan banyak. so pulonnnn! 



Flight dari KLIA ke Istanbul Atatürk Airport kat turkey ada la dalam 12 jam lebih kurang masa perjalanan. Memang agak lama sebab Turkey dah sempadan Asia-Eropah so makan-makan sikit, tido lebih atas flight sebab sebelum dapat cuti panjang dari bos, berpulon2 siapkan kerja.so zzzzzzz bukak bukak mata dah ISTANBUL AKU DATANG !




Comments