(PART 1) Tips Housemanship untuk pemilihan penempatan melalui e-housemen

PART 1 Pre-preparation E-Ho

Qis sambung dalam bahagian ni pengalaman Qis dan tips untuk pemilihan hospital penempatan housemanship melalui e-housemen. 

30.6.2017: TAHNIAH ! bila dapat surat macam ni akan indicate yang anda bakal berkhidmat dlm masa beberapa minggu. and finally Qis dapat offer letter dari KKM untuk pangilan pemilihan penempatan macam bawah ni melalui emel :


“PERMOHONAN PENEMPATAN BAGI JAWATAN PEGAWAI PERUBATAN GRED UD41 DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SECARA ATAS TALIAN MELALUI SISTEM e-HOUSEMEN

Basically dalam surat ni, dia indicate yang tarikh mula bertugas adalah 17 July 2017 iaitu bermula dari Program Transformasi Minda – PTM. PTM nanti Qis akan cerita dalam post lain in details kalau sempat okay. 
So untuk sekarang kita focus pada ehousemen dulu. Dalam surat yang sama jugak dia akan bagitau bila tarikh buka ehousemen seperti yang dinantikan , macam ni :

"mulai jam 12.00 tengah hari, 4 Julai 2017 (Selasa) hingga 9 Julai 2017 (Ahad)" 


*boleh rujuk manual penggunaan e-housemen yg latest untuk details penuh.

so pada waktu ni, bila dah dapat emel ni, boleh la segera ke link ni http://ehousemen.moh.gov.my/ . Lepas dah ke link ni, boleh click kat link "pendaftaran baru" isi under "daftar pegawai". Kat situ, kena isi IC, kata laluan, email(ni penting) ,kategori pegawai dan soalan keselamatan macam biasa. 


TIPS EHOUSEMAN #1 PASSWORD
Time ni password tidak perlu panjang dan berderet,yang penting mudah sebab nak cepat time log in ehousemen nanti. dan kalau boleh x perlu password yang kena tekan dari hujung keyboard huruf "A" sampai huruf "P"... anywhere yang dekat2 boleh tekan pakai sebelah tangan lagi bagus. ( cth : poi09) haa..mudah je.. It's all about speed ya nanti! 

Tempoh masa pulak untuk isi pendaftaran baru boleh dibuat sebelum ehousemen bukak; which means daripada tarikh dapat emel sampai tarikh sebelum e-housemen bukak ; tapi better buat awal sebab sometimes sistem boleh down anytime. Human error adalah sangat common. Never delay! Bila berjaya buat pendaftaran baru nanti satu emel akan dihantar yang mengandungi maklumat yang di-isikan tadi(macam kata laluan, soalan keselamatan) mungkin takut jika terlupa kot. Benda ni penting, jangan lupa plak nanti kan... kalau x dapat isikan atau ada masalah, terus je call hubungi pihak mereka untuk semak keadaan masing2. So far pihak yang membantu agak efficient. Kalau dah dapat emel pengesahan tu,boleh la rilek2 jap.


TIPS EHOUSEMAN #2 BUAT SENARAI HOSPITAL (TOP 10)
Sambil2 tu boleh la list siap2 hospital apa nak pilih (lagi banyak lagi bagus) ,letak skali ranking hospital tu( cth: 1:hospital A, 2:hospital B) . list hospital ada tulis dekat last page manual houseman. Tulis dan hafal siap2 . Letak la 10 paling minimum, sebab x de masa nak pikir time berebut e-housemen tu,memang blank, so kalau x prepare beforehand takut ambil masa nak pikir , semua hospital habis kena kebas.
Tips ni especially penting utk husband and wife yang nak bersama pilih hospital sebab incase kalau satu pasangan dapat pass through system lagi satu x dpt, boleh siap2 survery hospital mana yang ada banyak kekosongan lepas tu pilih yang lebih banyak sambil2 tunggu lagi sorang nak pass through. Cth : kalau Hospital A ( 5 kekosongan) , Hospital B ( 30 kekosongan) , sila ambil hospital B. takut kalau ambil yang tinggal 5 kekosongan takut lagi sorang x dpt hospital sama. Mengikut pengalaman, slalunya hospital yang akan sentiasa ada kekosongan smpai last mcm HTAR, HKL (waktu masa saya) , x perlu risau la sbb byk kekosongan. Tapi kalau agak2 nak berebut yang "HOT" hospital around KL, Selangor , kna prepare betul2 kalau x mmg macam cokodok panas la,habis cepat sgt!

**Time pilih hospital, better survey dengan seniors, kawan2, tengok ok x keadaan kerja, review balik satu2. Tapi yang paling penting dekat dengan family (support system). Boleh je kalau nak gi jauh kalau memang rasa ada kebolehan tapi bincang semula dengan keluarga. Gaji mmg lebih skit buat sesiapa yang nak pergi Sabah and Sarawak. tu pun boleh masuk consideration kot. 

TIPS EHOUSEMAN #3 PERGI CYBERCAFE
Ok, seterusnya, pastikan seriously pastikan anda dah survey tempat2 cybercafe terdekat sebelum hari ehousemen bukak. Takut nak jadi cerita blackout ke or internet rumah pun buat hal ke, boleh terus ke CC (tips ni taken from byk org berpengalaman). Kalau nak buat kat rumah jugak, make sure la jangan internet on off plak. Kang menangis x dapat hospital yang diidamkan. Frankly speaking, Qis recommend gi bertapak terus kat CC, dari pengalaman Qis sendiri, mmg da rasa rumah punya internet x ok, so mmg gi CC terus. Rumah Qis takat tengok drama online boleh la. Tapi bukan untuk pertaruhkan masa depan. Gitu. So Qis memang advice sangat-sangat pergi CC masa ehouseman. Surprisingly, pukul 12pm  ehousemen bukak, 12.02 min dah dpt secure tmpt, so mmg terbukti la internet CC mmg power and stable, compared to a friend yang buat kat rumah, smpai last x dpt masuk, smpai Qis tolong buatkan again utk dia and dpt. So pengajaran dia, internet kuat dan stabil penting! lagi satu jangan kedekut sgt, kalau incase kita dah dpt masuk dah dpt hospital boleh proceed utk bantu rakan2 yang tak de rezeki lagi. Mungkin rezeki kita Allah bagi cepat utk bantu mereka yang memerlukan jugak. Tapi make sure la dah setel, setel smpai dpt download offer letter yang ada tulis nama dan hospital yang ditawarkan baru la tarik nafas lega skit dan bantu org lain.

Next, manual ehouseman tu jangan simpan buat perkasam. *baca yang latest punya tau!! Boleh baca 10x sampai hafal, tutup mata tido pun nampak satu2 apa yang nak buat time log in tu. Serious mmg membantu kalau dah baca, sbb nampak dah persediaan mental dan fizikal macam mana nak pergi perang tu. Dan paling penting, cerita skali kat family members smpai dia org pun paham and make sure at least 1 org boleh bersama-sama tolong isikan ehouseman. Takut ada yang gabra ke menggelabah ke, x nampak hospital yang nak dipilih tu at least ada back up boleh bantu time tu. 
 *the palpitation time tu is no JOKE! 

TIPS EHOUSEMAN #4 TULIS SIAP-SIAP BASIC DATA DALAM WORDS
Next, dah study E-Ho, boleh siap2 tulis details required dlm words, senang nanti terus copy paste. X payah baru nak type satu2 lagi2 yang kurang skit dalam penggunaan keyboard.Tapi macam hari tu smua details macam nama, alamat, umur smua dah diberikan terus, maklumat yang diperlukan tu x perlu pun type macam contoh bilangan adik beradik just click kat situ 1 ke 2 ke, dah kahwin belum, warganerga ,dll. Tapi prepare jugak incase tetiba x de maklumat ke kan. Penting Jangan gabra! Isi bahagian yang wajib je.

TIPS EHOUSEMAN #5 TERUS BUAT APPOINTMENT KESIHATAN DI KK
Lastly, bila da prepare semua2 mental, ehousemen dah hadam, ni out of scope sikit, and only significant untuk most of the Klang Valley area sahaja, boleh gi survey siap2 and buat appointment kat Klinik Kesihatan berdekatan. Qis punya mistake is that bila konon dah print borang2 kesihatan baru buat appointment, some of them even x de time sampai last friday before PTM (matila aku!). So to be on the safe side boleh je buat siap2 appointment. KK Kelana Jaya, KK Taman Megah(kot) and KK seksyen 19 smua ada appointment book. Macam KK Botani dengar cerita boleh je walk in. Ni semua pilihan sendiri. Tapi kalau malas mana2 klinik swasta (pengamal perubatan berdaftar) pun boleh je tlong buatkan. Kalau swasta range around RM50-RM120. Tapi nak murah, Klinik Kesihatan la yang terbaik! and some of them kena pergi jumpa dentist(mcm KK seksyen19) sbb tu better buat awal la. x rushing. 


OK.. tu je dulu tips ehouseman dari Qis untuk sebelum hari perang for e-houseman. Part 2 nanti Qis akan share tips masa hari kejadian itu. The minutes before it all starts. JENG JENG JENG. 

Comments